*PERINGATAN :
Segala kandungan yang dipaparkan adalah rekaan semate2, tiada kene mengena dengan gajah, zirafah, burung unta mahupun haiwan2 lain di dalam zoo sekarang ini samada yang tengah tido, sedang makan atau mati katak… kekeke…. Ape yg ditulis disini hanya boleh dibace oleh semua org yg tidak mengalami gangguan dalam pembacaan seperti buta huruf, buta warna ataupun gangguan makhluk asing…dalam kurungan… alien….wakakakak :p… budak2 yang dibawah 18 tahun dibenarkan melayari laman ini jika tiada masalah membaca, mengeja ataupun mengira.. (ada kene mengena ke mengira tu??wakakakakak). Watever…~~~ Lalalalalalalalalalalalalal….
Memang aku tak akui bila bersama dia aku rasakan dia dah menceritakan setiap warna-warna dalam hidup nie yg boleh aku rasakan dia org yg benar2 bertanggungjawab dan xlupa dengan segala keindahan Ciptaan Tuhan ini walaupun dalam latar belakang keluarga yang agak kacau bilau dan hari-hari yang dilalui dengan penuh kesesakan, kecelaruan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur… Sebab banyak lagi beg tangan yang dia perlu selamatkan daripada kena ragut..hahahah.. (macam cerita Adnan Sempit la pulak kan)… Xdinafikan dia seorang Adnan buat aku..hahahahha…sebab sehingga kini aku xboleh melupakan insan yang bernama H (bukan name sebenar)..Tapi tu semua kisah dulu yang xboleh di’repeat’ balik..
Nera af9-hatimu milikku..
Pernahkan engkau hargai cintaku yg sejati..
Pernahkah engkau mengerti ttg diriku ini...
Betapa hebatnya cintamu.. Memberiku sejuta pilu...
Betapa agungnya asmaramu.. Mmbuatku terpaku...
Disisimu aku trdiam seribu bhs,
Dhatiku bergetar sjuta rasa,
Namun sukar utk aku meluahkan ku cinta pdmu...
Nafasku trhenti bila melihat dirimu,
Terasa pantas degupan jantungku,
Mungkinkah hatimu milikku jua,
Ku sayang padamu...
Kan ku abadikan dikau, suatu kenangan yg manis,,,
Dapat jadi yg terindah di dalam hdpku ini....
Kan ku coretkan kenanganmu, dlm sanubariku ini,,,
Agar jadi yg terindah di dlm hdpku ini...
Kepada ‘F’, aku dah pon berjaya melupakan kau kerana kau betul-betul sudah membuat aku rase kau bukanlah jodoh untuk aku krn kau seorg yg xmenghargai syg aku kat kau suatu ketika dulu. (tangan di dada mata ke atas..hahahah)…. Jadi, aku harap aku tidak bersemuka lagi dengan kau selepas ini walaupun aku tahu kau mungkin ade berada dekat dengan aku sebab kampung kau kat sini je kan??hak… Xhairan la bile-bile masa je boleh terserempak…. Itupun kalau aku ade kat kampung
la kan’..hahaha…
Untuk kau ‘M’… aku xdapat nak terima kau semula mcm dulu sebab masa yang aku ada sekarang adalah masa untuk aku terima hakikat insan yg bernama H, F mahupun M tidak dapat mengembalikan kegembiraan yg pernah aku lalui dulu time zaman cinta2 monyet dulu (hahahahhaha-ketawa jahat)… Biarlah aku lalui hidup ni samada dalam keperitan, kesedihan mahupun kegembiraan yang mungkin
seketika untuk aku rasainya kerana hidup ni penuh dengan liku-likunya….
Tapi bila usia dah meningkat… menghabiskan masa-masa dan sisa-sisa remaja yang tinggal untuk menjadi org yg lebih dewasa… dari zaman sekolah tadika, sekola rendah, menengah, kolej atau dimana-mana shj anda berada..hakk…aku baru tersedar yg aku pernah melalui zaman bercintan cintun macam pasangan2 kapel skrg ni walaupun hakikatnya aku akan terus memegang status single time zaman study mudy ni…(ngee)…tapi kalau single xsemestinya aku xsukekan seseorang kan??.... bila dah macam tu mestilah aku ada suke kat seseorang ni tapi………….. (segalanya berlaku kerana TAPI)..kekekekekeke… J.. biarlah org itu menjadi rahsia sbb da name pon Secret Admire… tapi xtau pulak aku ADe KE Secret Admire kat luar sane????????..hahahah.. (mengedik sekejap)….
Wahai my ‘FS’ yang merangkap kpd SA aku…kau mungkin adlh insan, sahabat, teman yang aku harapkan yang mampu membuat aku hepi ataupun tersenyum..TAPi… aku hanya bertepuk sebelah tangan sebab kau hanyalah my SA yang boleh dijadikan sebagai teman dan sahabat dalam hidup ni…. Sebab aku tahu dan memahami sejauh mana pun aku suka kat kau atau sehebat manapun rindu aku kat kau, kau akan tetap jadi kawan aku, xlebih drp itu… aku harap hubungan ni kekal sampai bila-bila. Ini kerana kau adalah SA dari kejauhan yang tak mungkin dapat memilikinya. (chewah)…. Kerana CINTA xsemestinya memiliki dan dimiliki… Biarlah kau hanya menjadi SA untuk aku yang kemungkinannya kau ketahui atau kau xmengetahuinya…tanpa sedar atau kau xsedar… Atau mungkin kau xmahu menyedarinya..xkisah la kau xsedar ataupun tengah koma kat ICU..hakk… semua adalah KEBARANGKALIANnya…
Andai aku boleh rakam setiap gerak geri, tingkah laku, percakapan dan segala perkara yang tak sengaja atau secara kebetulan ia berlaku. Ia sudah cukup bererti buat aku… Tapi apakan daya semua itu xleh dirakam guna kamera digital, kamera henfon, kamera DSLR ataupun Handycam… (wakakakakaka :p)…. Andai aku boleh rakam segalanya?????.......TAPi biarlah aku rakam segala hal yang berlaku antara kau & aku dalam hati dan ingatan aku… aku yakin kau 100% tak tahu tentang semua kebetulan yang aku katekan ni krn aku shj yg mengetahui ttg semua kebetulan tu… Seperti contoh :
**************************************************************************************************
– Kite pernah beberapa kali berborak n bersembang dlm pelbagai keadaan secara xsengaja dan xpernah pun secara sengaja..hakkk…. (mungkin kau boleh terfikirkan skrg ni???)….
– Dalam satu majlis (macam dalam party pulak..keke)… adelah majlis tu yg perlu aku rahsiakan… Bukan majlis sebenarnya..hahaha…Dlm majlis keramaian tu, kau duduk di meja.. then aku nak ke toilet time tu.. aku pun meluru ke depan dan xsengaja aku menoleh ke kanan dan wajah yang pertama aku lihat wajah kau.. kau pun menoleh kearah aku tetapi sedikit demi sedikit kau larikan bola mata kau kearah rakan kau di belakang sebab time tu kau tengah berborak dgn die… Tp ia cukup manis buat aku,,, rase cam nak letak gula kat air minuman jer..haha….
– Pernah jgak time serious aku jd 1 benda ni.. bukan ape selama ni aku bukanlah org yg selalu serious je.. serious ikut mase & keadaan yg xmenentu… aku suka gak nak menhepikan diri aku sendiri n menyakat2 org ke ape2 ke..hakk… 4 fun… Bile aku tgh syok2 duduk dengan seriousnya sebab dalam kdaan tension time tu, hati aku tibe2 nak bangun utk meluru ke 1 tempat ni.. tapi ape yg aku dpt lihat kau yg sedang duduk dgn muke yg agak serious la gak.. takut gak nk tegur.. tapi aku beranikan diri gak tegur kau, then kau tnye kenape.. aku pulak dgn muke yg tgh stress tu pun jawab “xade ape-ape”.. punyela mengong aku jawab mcm tu..hahahahah… aku pun tanpa pikir panjang aku xteruskan perjalanan aku menuju kearah yg nak aku tuju tapi aku patah balik dan terus duduk di tempat ke’serious’an aku yang mula-mula tadi.. ade ke patut.
- Selang beberapa minit aku relakskan diri aku yg mengelabah tadi, tiba2 satu suara menyapa aku dari belakang. Rupa-rupanya kau, perghhh… memang xdijangka langsng… then die kate die ngantuk time tu tunggu kawan die nak g lunch tak silap. Entah aku pon da suam2 kuku ke’lupa’an kejadian sebenar berlaku… So, dr situ xsengaja kau duduk di sebelah tempat yg aku sedang duduk tadi. Dalam ngantuk2 tu die nak jugak berborak dgn aku. Aku pon layan jela… da name pun sayang… opss… salah… da name pun kawan… Dlm sedar atau mungkin kau xsedar time tu aku betul2 gelabah tapi aku control la jugak.. xkan nak tunjuk kan??haha… control macho la katekan…. Sebab hari tu adalah hari serious aku dan kau datang tanpa aku duga kehadiran kau tu… fuhhhhh…..
************************************************************************************************
- Nak aku ceritakan satu persatu mungkin xsesuai kat sini kot…(hakk) Kalau kau betul-betul nak tahu aku boleh ceritakan bila kau menanyakannya kepada aku.kan aku kawan kau??????? Kan! Kan! Kan!ahahaha.. Thanks sebab terima aku jadi kawan kau dan kau jadi kawan aku….Selepas ini jika kita dah xberjumpa lagi atau kau dah pergi dengan orang yg betul2 menyayangi kau aku harapkan moga kau dipertemukan dengan insan yang betul-betul memahami diri kau lebih hebat daripada diri aku ni kerana kau xsedar akan apa yg aku lakukan untuk berkawan dengan kau. Ini kerana jika aku dapat lihat kau gembira, akulah orangnya yang ingin turut sama meraikan kegembiraan kau tu walaupun hati kau hanyalah untuk orang lain….
p/s lagi sekali : "...Aku doakan 'kau' dapat bertemu seorang insan yg lebih baik dariku...Doakan aku dapat ketemu cinta yang lain untuk menemani hidup...."
TAMAT...... sekian, TQ...
Peace....
Dikarang pada :
09/06/2011, 5.00pm – 6.00pm…..
(xmenentu jugak, time waktu free pon aku godek2 lagi benda ni...hehe :p)
*thanks kpd yg sudi bace,,,,kalau ade yg xsuke bace tu sila abaikan (terpulang...)








0 comments:
Post a Comment